Tuesday, October 31, 2017

KULIT BERDAKI..!!


Badan berdaki ni disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya faktor diri kita sendiri yang kurang rajin men-scrubnya, disebabkan kotoran debu, atau kerana sel-sel kulit kita beregenerasi.

Nak tahu bagaimana daki terbentuk? Sila baca sampai habis.



Badan kita terdiri dari sel-sel yang sangat kecil. Di antara sel-sel ini, ada sel yang sudah tua dan mati, ada pula yang baru terbentuk. Ketika sel baru terbentuk, sel yang tua dan mati akan mengeras dan muncul di permukaan kulit, dan akan keluar jika kita menggosoknya dengan lembut.

Kulit manusia berfungsi mencegah air masuk ke dalam badan, menjaga kelembapan agar badan tidak mengering, serta melindungi badan dari kuman dan debu.

Itu sebabnya sel kulit bekerja keras. Dan jika tugasnya selesai, ia berubah menjadi daki. Dengan kata lain daki adalah sel kulit mati yang keluar dari badan kita. Bila daki terlalu banyak berkumpul, boleh menjejaskan kesihatan kulit. Walaupun nampak leceh, tapi kita tetap kena gosok badan supaya sentiasa bersih.

Cara Membersihkan Daki dari Kulit dengan Mudah:

Gunakan Scrub Mandi

Mandi dua kali sehari saja belum cukup untuk menghilangkan daki yang melekat di kulit. Cara yang lebih sesuai dengan menggunakan body scrub yang boleh menanggalkan sel kulit mati dan kotoran lain yang melekat pada kulit.

Selain menyelesaikan masalah daki, body scrub akan membuatkan kulit lebih halus dan wangi.

Apa yang anda perlu tahu, ada scrub dipasaran yang menggunakan scrub yang diperbuat dari bahan sintetik. #DarinaShowerScrub menggunakan bahan semulajadi iaitu wallnut shell powder yang paling halus sebagai scrub. Serbuk halus ni dapat membantu menanggalkan daki dengan mudah tanpa mencalarkan kulit. Hati-hati kerana scrub yang kasar boleh menyebabkan luka pada kulit.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Sentiasa bersihkan kulit dari daki dan sel kulit mati. Dan penting untuk cari scrub yang baik, tidak mencalarkan kulit dan dapat mengekalkan kelembaban kulit.

Tekan SHARE jika info ini bermanfaat untuk anda.

#TeamKhairiza
#DarinaShowerScrub
#DarinaKualaSelangor

No comments:

Post a Comment

BAHAN DAN KELEBIHAN DARINA SHOWER SCRUB

Apa kandungan dan khasiat DARINA SHOWER SCRUB Kandungan Bahan Dan Khasiat : Ekstrak serbuk walnut Kandungan omega-3 menguatkan me...